Tuesday, April 19, 2011

Muhammad Qaid Ariff

Alhamdulillah, akhirnya istri aku selamat melahirkan bayi lelaki..dengan berat 2.98kg, dilahirkan di Hospital Bersalin Umra, Shah Alam pada jam 5.56am, 25 Februari 2011 (Jumaat). Bagai dinanti, dengan laungan azan oleh tokwannya, aku memberikan nama Muhammad Qaid Ariff.

Kini, beliau dh pun berusia hampir dua bulan..berat pun mencecah hampir 5.5kg, istri aku pun dah abis berpantang...

Sesungguhnya aku mengharapkan agar kehadiran Qaid menambahkan lagi keberkatan rezki aku sekeluarga.Thank Munirah Salim kerana melahirkan zuriatku :)

Tuesday, July 13, 2010

~ S n i p p e t ~

pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu aku kat cni...macam2 karenah, mcm2 ragam dan cara dah aku tengok...banyak juga jenis manusia n paras rupa yang aku dh jumpe....kepelbagaian tu buat aku kadang2 penng, senyum sendiri pun ade hehhe

kebizian di kampus baru juga buat aku smp lupa n dapat nak update kat cni...baru2 ni event aku MSU AUTOSHOW 2010 kene sabotaj oleh pihak 'beliau'. huru hara smp polisi mai dengan kenderaannya..hehe siap buat pengumuman supaya beredar lagi...(tengok kat youtube - MSU AUTOSHOW)..

tu bende yang buat aku pening smp la ni....mcm2 hal hahaha.tapi disebalik tu, ade jugak berita baik. aku nak jadi AYAH dah hehe...moon dah hampir dua bulan mengandung. cume sebalik kegembiraan tu, aku sedih sebab ade sesetangah puak yang x hepi dengan kehadiran 'bende tu' dlm idup aku. aku sedih n malas nak pikir la pasal bende ni...mungkin depa tu lupe yang TUHAN yang dah tetap sume benda ni...

~ arrrgghhhhh

Thursday, June 24, 2010

~ h i j r a h ~

dah 4 ari aku kat opis baru ni..suasana, student, pengurusan, cara kerja 100% berubah..xsama langsung dengan kat UNIRAZAK. agak pening, terkejut, shock, gelabah, mcm2 rasa ms ari pertama. kelainan yang aku rasa mmg xterjangka.

sekarang dah empat ari...kwn dh mula ramai..penerimaan suasana dah mula bagus. tapi penerimaan cara kerja dan komukasi dua hala antara pelajar dengan staff masih buat aku rasa janggal. rasa mcm xde langsung gap...opis staff boleh digunakan sepenuhnya oleh puak-puak SRC..walaupun ade lagi batasan hormat dan panggilan yang memisahkan tapi masih xnampak jurang tu.

event???tu yang aku buat sekarang..lebih fokus kepada modul untuk memantapkan shasiah mahasiswa dan pembinaan karekter diri sebelum keluar memegang segelung ijazah berbekalkan "someting" dlm diri.."Something" itu yang department aku kene pelan-pelan bentuk, asuh, didik, tunjuk dan terajang hahahhaa.....

minggu depan event pertama aku...event yang kecil tapi ckup untuk aku buat cop pengenalan kepada organisasi ini mengenai cara kerja aku, cara pemikiran aku dan hasil tangan aku. event amal yang melibatkan anak-anak yantim seluruh negeri...besar?korang pikir le ek....

cuma satu bende aku kagum kat sini..cara penghormatan yang diberikan kepada pengurusan mahupun pelajar terhadap Dato' presiden. mmg superb penghormatan dan sanjungan terhadap beliau...inilah cara kita oranng Melayu Islam yang aku suke sangat2...hormat dan hormati sang ketua selagi ia betul.

aku masih kat opis time ni...buat proposal yang sepatutnya kene anto siang tadi...tapi aku anto skrg hehhee....corak kerja yang memungkinkan aku kerja smp lewat mlm...tapi kepuasan (buat event cz itu hobi aku)..aku cume selalu terfikir tentang penerimaan sang rusuk kiri....boleh ke dia terima cara kerja mcm ni? boleh ke dia percaya kat aku? boleh ke dia support? walaupun aku ade rasa xyakin...hahahha...tapi aku tetapkan minda, tajamkan ati, pusatkan doa supaya dia sentiasa menjadi rusuk yang baik utk aku...

~ Tuhan tolonnglah, aku sayang dia...

Thursday, June 17, 2010

~ Tahniah ~

impian nya telah tercapai....haha..gembira betul aku dengar perkhabaran dari adik aku (si alang) tentang kejayaan isteriku melayakkan diri ke DPLI hhe..maka bermulalah sebuah episod baru dalam keluarga aku...
UIA, tempat yang bakal ditempuh, diduduki oleh istriku selama beberapa bulan sebelum bergelar guru....

syg, abg doakan impian ini tercapai smp keakhirnya. buatlah yang terbaek ye, InshaAllah doa dan sokongan abg sentiasa ade bersama smp bile.

Tuesday, June 15, 2010

~ Ujian buat hambaNYA ~

"..hidup ini bagai kepingan, yang terasing dilautan...
memaksa kita, bersendiri dan sentiasa berusaha.."

bait2 ayat itu dibicarakan seorang Indon yang seni...ayat dia mmg penuh makna, buat kita terdiam, pikir dan renung pe yang kita dah buat...tapi yelah, inilah kehidupan. sesuatu yang telah direncanakan olehNYa, yang kita terkial2 nak tau pe rahsianya, pe ceritanya..

satu persatu jugak ujian Dia buat aku..lepas satu abis, satu pulak aku dapat..time mcm ni la aku teringat pesan sahabat (FloorMafia), tentang ayat Quran yang menyebut tentang ujian tuhan..Tuhan xkan uji hambanya melainkan Dia tau kita boleh hadapinya. aku gembira, aku suke dan aku redha semuanya. Alhamdulillah, xsampai 48jam pun, aku makin nampak kesan natijah semuanya..nape ia berlaku sekarang? nape ia jadi kat aku?subhanallah, maha suci Allah, tuhan sekalian alam.

terfikir jugak aku bile sesuatu itu terjadi, kat mana aku letak dia, kat mana aku letak pandangan n suara dia..salah aku, mmg salah aku sbb selalau ketepikan dia. aku kian lupa janji aku pada DIA, isteri diibarat bagai rusuk bukan akal, bukan seperti mata, dan bukan juga kaki..rusuk kedudukannya disisi, bukan seperti mata dan akal yang berada di atas, bukan jugak seperti kaki yang berada di bawah. aku lupe bile ade sesuatu itu datang je, aku selalu x ambil kira nasihat dia, xmo dengar pendapat dia...maafkan aku...aku x jadikan dia seperti rusuk, utk melindungi aku dan juga untuk dilindungi. aku lupe...

sekarang aku semakin ingat, tentang ujian, tentang kedudukan dan peranan..juga semakin ingat tentang kehidupan yang kejap ni. sehari dua di kampung halaman isteri, pelbagai bende aku belajar..hehe...semoga aku matang dengannya.

~ mendoakan kebahagiaan adik ~

Wednesday, June 9, 2010

Renung dengan hati

Hadith:


Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:


“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Bukhari Muslim

Tuesday, June 8, 2010

Sifat



Bende ni lahiriah / semulajadi dalam diri...aku tau sebab aku dengar ade orang dok bagi ceramah pasal sifat..klu aku nak huraikan banyak plak...aku rasa xperlulah...tapi sifat nilah yang buat aku terjelepuk, terdiam, terduduk, terkelu, senyap, bosan, marah, fedup, bosan...hahahhaha. nak buat cane kan...ni kan sifat dia.cara dia, pembawakan dia..klu dia rasa elok xkan dia nak ubah...maybe aku sorang je yang rase xelok...payahkan mcm ni hahaha...sebab tu ade ustaz bagitau aku, doa tu senjata utama kita..so berdoalah, berdoalah dan terus berdoalah...

1. Banyak mengeluh.
2. Suka mengungkit.
3. Ada hati dengan orang lain.
4. Suka memaksa.
5. Bersolek / berdandan.
- Bersolek atau berdandan itu boleh, Malam-malam pun nk bersolek juga sampai tak bagi nak pegang pipi sebab takut rosak mask.

6. Banyak bercakap.

Fikir-fikirkanlah...

Followers