Tuesday, July 13, 2010

~ S n i p p e t ~

pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu aku kat cni...macam2 karenah, mcm2 ragam dan cara dah aku tengok...banyak juga jenis manusia n paras rupa yang aku dh jumpe....kepelbagaian tu buat aku kadang2 penng, senyum sendiri pun ade hehhe

kebizian di kampus baru juga buat aku smp lupa n dapat nak update kat cni...baru2 ni event aku MSU AUTOSHOW 2010 kene sabotaj oleh pihak 'beliau'. huru hara smp polisi mai dengan kenderaannya..hehe siap buat pengumuman supaya beredar lagi...(tengok kat youtube - MSU AUTOSHOW)..

tu bende yang buat aku pening smp la ni....mcm2 hal hahaha.tapi disebalik tu, ade jugak berita baik. aku nak jadi AYAH dah hehe...moon dah hampir dua bulan mengandung. cume sebalik kegembiraan tu, aku sedih sebab ade sesetangah puak yang x hepi dengan kehadiran 'bende tu' dlm idup aku. aku sedih n malas nak pikir la pasal bende ni...mungkin depa tu lupe yang TUHAN yang dah tetap sume benda ni...

~ arrrgghhhhh

Thursday, June 24, 2010

~ h i j r a h ~

dah 4 ari aku kat opis baru ni..suasana, student, pengurusan, cara kerja 100% berubah..xsama langsung dengan kat UNIRAZAK. agak pening, terkejut, shock, gelabah, mcm2 rasa ms ari pertama. kelainan yang aku rasa mmg xterjangka.

sekarang dah empat ari...kwn dh mula ramai..penerimaan suasana dah mula bagus. tapi penerimaan cara kerja dan komukasi dua hala antara pelajar dengan staff masih buat aku rasa janggal. rasa mcm xde langsung gap...opis staff boleh digunakan sepenuhnya oleh puak-puak SRC..walaupun ade lagi batasan hormat dan panggilan yang memisahkan tapi masih xnampak jurang tu.

event???tu yang aku buat sekarang..lebih fokus kepada modul untuk memantapkan shasiah mahasiswa dan pembinaan karekter diri sebelum keluar memegang segelung ijazah berbekalkan "someting" dlm diri.."Something" itu yang department aku kene pelan-pelan bentuk, asuh, didik, tunjuk dan terajang hahahhaa.....

minggu depan event pertama aku...event yang kecil tapi ckup untuk aku buat cop pengenalan kepada organisasi ini mengenai cara kerja aku, cara pemikiran aku dan hasil tangan aku. event amal yang melibatkan anak-anak yantim seluruh negeri...besar?korang pikir le ek....

cuma satu bende aku kagum kat sini..cara penghormatan yang diberikan kepada pengurusan mahupun pelajar terhadap Dato' presiden. mmg superb penghormatan dan sanjungan terhadap beliau...inilah cara kita oranng Melayu Islam yang aku suke sangat2...hormat dan hormati sang ketua selagi ia betul.

aku masih kat opis time ni...buat proposal yang sepatutnya kene anto siang tadi...tapi aku anto skrg hehhee....corak kerja yang memungkinkan aku kerja smp lewat mlm...tapi kepuasan (buat event cz itu hobi aku)..aku cume selalu terfikir tentang penerimaan sang rusuk kiri....boleh ke dia terima cara kerja mcm ni? boleh ke dia percaya kat aku? boleh ke dia support? walaupun aku ade rasa xyakin...hahahha...tapi aku tetapkan minda, tajamkan ati, pusatkan doa supaya dia sentiasa menjadi rusuk yang baik utk aku...

~ Tuhan tolonnglah, aku sayang dia...

Thursday, June 17, 2010

~ Tahniah ~

impian nya telah tercapai....haha..gembira betul aku dengar perkhabaran dari adik aku (si alang) tentang kejayaan isteriku melayakkan diri ke DPLI hhe..maka bermulalah sebuah episod baru dalam keluarga aku...
UIA, tempat yang bakal ditempuh, diduduki oleh istriku selama beberapa bulan sebelum bergelar guru....

syg, abg doakan impian ini tercapai smp keakhirnya. buatlah yang terbaek ye, InshaAllah doa dan sokongan abg sentiasa ade bersama smp bile.

Tuesday, June 15, 2010

~ Ujian buat hambaNYA ~

"..hidup ini bagai kepingan, yang terasing dilautan...
memaksa kita, bersendiri dan sentiasa berusaha.."

bait2 ayat itu dibicarakan seorang Indon yang seni...ayat dia mmg penuh makna, buat kita terdiam, pikir dan renung pe yang kita dah buat...tapi yelah, inilah kehidupan. sesuatu yang telah direncanakan olehNYa, yang kita terkial2 nak tau pe rahsianya, pe ceritanya..

satu persatu jugak ujian Dia buat aku..lepas satu abis, satu pulak aku dapat..time mcm ni la aku teringat pesan sahabat (FloorMafia), tentang ayat Quran yang menyebut tentang ujian tuhan..Tuhan xkan uji hambanya melainkan Dia tau kita boleh hadapinya. aku gembira, aku suke dan aku redha semuanya. Alhamdulillah, xsampai 48jam pun, aku makin nampak kesan natijah semuanya..nape ia berlaku sekarang? nape ia jadi kat aku?subhanallah, maha suci Allah, tuhan sekalian alam.

terfikir jugak aku bile sesuatu itu terjadi, kat mana aku letak dia, kat mana aku letak pandangan n suara dia..salah aku, mmg salah aku sbb selalau ketepikan dia. aku kian lupa janji aku pada DIA, isteri diibarat bagai rusuk bukan akal, bukan seperti mata, dan bukan juga kaki..rusuk kedudukannya disisi, bukan seperti mata dan akal yang berada di atas, bukan jugak seperti kaki yang berada di bawah. aku lupe bile ade sesuatu itu datang je, aku selalu x ambil kira nasihat dia, xmo dengar pendapat dia...maafkan aku...aku x jadikan dia seperti rusuk, utk melindungi aku dan juga untuk dilindungi. aku lupe...

sekarang aku semakin ingat, tentang ujian, tentang kedudukan dan peranan..juga semakin ingat tentang kehidupan yang kejap ni. sehari dua di kampung halaman isteri, pelbagai bende aku belajar..hehe...semoga aku matang dengannya.

~ mendoakan kebahagiaan adik ~

Wednesday, June 9, 2010

Renung dengan hati

Hadith:


Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:


“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Bukhari Muslim

Tuesday, June 8, 2010

Sifat



Bende ni lahiriah / semulajadi dalam diri...aku tau sebab aku dengar ade orang dok bagi ceramah pasal sifat..klu aku nak huraikan banyak plak...aku rasa xperlulah...tapi sifat nilah yang buat aku terjelepuk, terdiam, terduduk, terkelu, senyap, bosan, marah, fedup, bosan...hahahhaha. nak buat cane kan...ni kan sifat dia.cara dia, pembawakan dia..klu dia rasa elok xkan dia nak ubah...maybe aku sorang je yang rase xelok...payahkan mcm ni hahaha...sebab tu ade ustaz bagitau aku, doa tu senjata utama kita..so berdoalah, berdoalah dan terus berdoalah...

1. Banyak mengeluh.
2. Suka mengungkit.
3. Ada hati dengan orang lain.
4. Suka memaksa.
5. Bersolek / berdandan.
- Bersolek atau berdandan itu boleh, Malam-malam pun nk bersolek juga sampai tak bagi nak pegang pipi sebab takut rosak mask.

6. Banyak bercakap.

Fikir-fikirkanlah...

Ghost's Rider






pic keta aku...yang menyesakkan otak aku..road-tax plus saman huhuhhuhu. tapi xpelah..aku leh tenang..aku yakin tere something "light" out there...bak kata pepatah" jangan dirisaukan rezeki esok hari..". Aku dan buat bajet..kira campur sume kureng lebih dekat2 1700 aku kene spent for that...banyak beb, banyak sangat dan kusut sangat bile dia xreti nak faham...xreti nak share, xreti nak fikir same. aku faham, dia mmg fikir tapi cara dia fikir lain..betul la kata orang tu, dia jarang rasa susah..jarang rasa sakit...so bile terkena dia mule rimas n mula fikir short utk selesaikan....neway, thank GOD for let her still inside me..

Friday, June 4, 2010

kaf wau lam aliff ya

lama jugak aku x balik kulai, umah yang penuh kenangan bersama arwah emak...bersama yah dan adik beradik. seingat aku sejak aku kawin ini kali pertama aku balik kulai, rasenye lah...(lupa le, dah mcm tabiat plak lupa ni hehehe). balik je keje semalam, singgah kedai mail..makan mlm ngan kak n abg akem...pastu balik umah terus gerak..sikit jem kat soban pastu ok..dengan pemanduan berhemah..pkl 1 pagi aku smp hehe..naik kematu punggung aku cz jarang beno aku balik jb smp amik masa 3 jam lebih hehe.

ari ni, kenduri umah siti...semalam kawan aku fairus semalam diijab kabulkan..aku doakan semoga kematangan dan kesefahaman yang berkekalan akan memacu umah tangga korang..hurm..teringat plak aku bila mereka mule2 nak couple dlu..aku antara orang yang xsetuju..bukan apa, aku takut ssuatu yang xingini berlaku mengoyakkan persahabatan kitorang. tapi alhamdulillah, xde plak aku dengar yang bukan2 antara mereka...sume elok smp la ari ni..congratt bro...

mlm ni or esok aku balik KL..niat nak jumpe sat kawan lama..tapi mcm xsempat je...xpelah...pe2 pun aku ok je...esok another kenduri nak kene mai...pakcik ya terima menantu hehehe...mak ayah istri aku pun dah smp dari utara.

Sesuatu Itu ...

Kebizian yang melampau sejak semalam smp sebelum jumaat td...mmg melampau...banyak keje, banyak paper yang nak kene buat..jadual itu, jadual ini...pelbagai lagi...tapi pe2 pun semalam aku ke hadiri satu sesi Focus group interview kat PJ. topik mmg hangat, terkini dan memerlukan otak aku keje keras utk manipulasi ayat, manipulasi idea..lawak la...hahah..bayangkan la aku mana penah pakai mobile banking, tapi ditanya mcm2 pasal tu...kepakaran anugerah tu dalam mengatur susun setiap bait2 ayat telah berjaya memanipulasi suasana hahahhaha...hasilnya $150 diberi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari pihak QPA. thank also to "kawan baik" aku yang rekomen aku bende ni..neway, ade jugak income masyuk..

kewangan? aku mmg tengah "lemas" pasal bende ni...dengan road tax, insuran, saman yang beratus (padan muka aku, nape suke speed hahahah) dah buat aku hilang mood. perangcangan lagi lagi...balik perlis, balik jb huhuhhu...tapi insyaAllah, aku yakin aku dapat lepasi ujianNya ini. tapi pe yang aku sangat2 harap, sebuah kefahaman yang baik dan jujur dari seorang isteri...terus terang aku xnampak sume tu..tapi xpelah, bak kata Encik Din plak, baru kawin biasalah tu..tapi jangan la smp xfam2 hingga ke sudah hahaha...aku sentiasa doakan..sentiasa mengharapkan...tapi aku tau semua ini sukar dibentuk skrg, bende ni lahir dari asuhan, didikan dan pengalaman idup kecik2 dlu...

hurm...keje mula bizi plak... "zendegi" mai plak tny itu ini...hurmmm!!!!

Tuesday, June 1, 2010


tetiba nak tulis pasal bende ni pulak... hampir 5 bulan setengah dah aku mendirikan umah tangga batu. usia 25 masa tu, alhamdulillah berkat ikut sunnah mudah-mudahan. bemula perjalanan sebagai suami mmg berlopak-lopak..liku-liku...sakit dmm yang teruk, buatan orang, gaduh kecik, gaduh besar, ego mengatasi rasa hormat dan hukum, pelbagai lagi la....

pe2 yang berlaku setakat ni, alhamdulillah aku masih x luntur lagi rasa hormat yang amat sangat kat family belah sana walaupun kadang2 ade jugak terselit rasa &%*(&) kat dia. aku jenis xreti nak luah, nak citer n share maybe, dat y aku xtau pe nape aku rasa mcm tu...

kalau diimbas balik, sejak tahun 2005 aku kenal dia...bermula sebagai peneman bagi sang kawan yang berminat utk kenal dia, lalu gerakan hati, mata dan naluri mula merubah semua. bercinta bagai nak rak, gaduh pun sungguh-sungguh jugak...beberapa kli cubaan berpisah, minta putus....alahai mcm2 la ....nak gelak pun ade...tapi segalanya selesai dengan sebuah perkahwinan...

kadang-kadang aku terfikir..dah bercinta, bertunang satu hal lagi...pastu kawin...adoiiii..

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu
serta ahli keluarga kamu dari seksa api neraka.”

Monday, May 31, 2010

~ Bermula Sebuah Cerita ~

blog ntah yang keberapa pun aku xtau..saje je terasa nak menulis..bukan apa banyak sangat cerita yang jadi pada kehidupan aku sejak dua menjak ni...setahun dua ni...mcm-mcm sangat..
atas rase, share is caring....mungkin ade yang boleh dijadikan teladan, boleh jadikan sempadan...rujukan or else...

masa aku tulis blog ni...menanti masa nak bla dari UNIRAZAK. nak blah ke suatu tempat yang diharapkan dapat ubah perjalanan idup aku, dapat ubah tingkah dan laku, jadi yang lebih baik...mengharap yang lebih sinar...

another 2 week to go...waiting n deliver pe yang patut....aku dah agak STRONG kat cni. as PROG. COORDINATOR utk jurusan yang paling tinggi dalam universiti, quiet famous n agak lantang. maybe ade banyak orang yang x gemar cara aku, maybe jugak ade yang menyukainya. tapi pe2 pun..aku ttp nak pi...

hopefully xde lagi urusan BANGANG student-students aku...xde lagi arahan-arahan BONGOK dari management..xde lagi hiruk pikuk macet di sepanjang perjalanan.

sambil layan Crazy dari Aerosmith, aku rasa ckup sekadar permulaan.

Followers