"..hidup ini bagai kepingan, yang terasing dilautan...
memaksa kita, bersendiri dan sentiasa berusaha.."
bait2 ayat itu dibicarakan seorang Indon yang seni...ayat dia mmg penuh makna, buat kita terdiam, pikir dan renung pe yang kita dah buat...tapi yelah, inilah kehidupan. sesuatu yang telah direncanakan olehNYa, yang kita terkial2 nak tau pe rahsianya, pe ceritanya..
satu persatu jugak ujian Dia buat aku..lepas satu abis, satu pulak aku dapat..time mcm ni la aku teringat pesan sahabat (FloorMafia), tentang ayat Quran yang menyebut tentang ujian tuhan..Tuhan xkan uji hambanya melainkan Dia tau kita boleh hadapinya. aku gembira, aku suke dan aku redha semuanya. Alhamdulillah, xsampai 48jam pun, aku makin nampak kesan natijah semuanya..nape ia berlaku sekarang? nape ia jadi kat aku?subhanallah, maha suci Allah, tuhan sekalian alam.
terfikir jugak aku bile sesuatu itu terjadi, kat mana aku letak dia, kat mana aku letak pandangan n suara dia..salah aku, mmg salah aku sbb selalau ketepikan dia. aku kian lupa janji aku pada DIA, isteri diibarat bagai rusuk bukan akal, bukan seperti mata, dan bukan juga kaki..rusuk kedudukannya disisi, bukan seperti mata dan akal yang berada di atas, bukan jugak seperti kaki yang berada di bawah. aku lupe bile ade sesuatu itu datang je, aku selalu x ambil kira nasihat dia, xmo dengar pendapat dia...maafkan aku...aku x jadikan dia seperti rusuk, utk melindungi aku dan juga untuk dilindungi. aku lupe...
sekarang aku semakin ingat, tentang ujian, tentang kedudukan dan peranan..juga semakin ingat tentang kehidupan yang kejap ni. sehari dua di kampung halaman isteri, pelbagai bende aku belajar..hehe...semoga aku matang dengannya.
~ mendoakan kebahagiaan adik ~
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
